Selasa, 02 Juni 2009

Jami’ atau Jawami’

kitab

Jami’ atau Jawami’

Penulisan Jami` bermaksud menghimpunkan hadis-hadis berkenaan dengan bidang aqidah, ahkam, riqaq, adab, tafsir, tarikh dan sirah, fitan dan manaqib.


Kitab hadis Sahih Bukhari merupakan salah satu kitab yang digelar kitab Jami’ (atau Jawami’) . Untuk dipanggil sesebuah kitab hadis sebagai Jami’ sebuah kitab hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya lapan bidang . Di kalangan ulama ada yang menyusun hadis-hadis dalam bidang-bidang ini secara berasingan. Antaranya ialah:

  1. Aqaid (akidah): Contohnya: Kitab al-Tauhid karangan Abu Bakar Ibn Abi Khuzaimah, Kitab al-Asma wa al-Sifat oleh al-Baihaqi

  2. Ahkam: Kitab hadis hukum yang disusun seperti dalam kitab-kitab fiqh seperti Bulugh maram dan Umdatul ahkam.

  1. Riqaq ( raqaaiq) : dinamakan juga sebagai Ilmu al-Suluk wa al-Zuhd iaitu menyebut tentang peringatan di hari akhirat dan azab kubur yang akan melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya dan menjadikannya seorang yang zuhud.

Contohnya: Kitab Zuhud oleh Abdullah Ibn Mubarak, Imam Ahmad,

  1. Adab: Adab sopan, adab tidur, adab solat, adab makan dan sebagainya. Contohnya kitab al-Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari dan Kitab Syamail oleh Tirmizi

  2. Tafsir: Hadis-hadis yang mentafsirkan al-Quran.
    Contohnya kitab Tafsir ibn Mardawaih, ibn Jarir at-Tabari, Tafsir al-Dailami dan Tafsir Jailani.

  3. Tarikh: Sejarah
    Terbahagi kepada dua jenis:


a- Sejarah tentang kejadian alam ( bada’ al-khalq) seperti kejadian langit dan bumi,syurga,neraka,jin,syaitan, malaikat dan sebagainya
b- Sejarah tentang kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat seperti Sirah Ibn Hisyam, Sirah Mulla Umar,dan sebagainya.

  1. al-Fitan iaitu fitnah-fitnah yang muncul di akhir zaman bermula selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Contohnya, kitab Muin bin Hammad (guru al-Bukhari) tentang Dajjal, turunnya nabi Isa as, kemunculan Imam Mahdi, dan sebagainya. Beliau telah mencampuradukkan antara yang sahih dan tidak sahih.

  1. Manaqib (tentang kelebihan seseorang seperti Abu Bakar,Umar,Uthman,dan Ali, tabi’in, ahlul bait, isteri-isteri Rasulullah s.a.w., Nawasib dan sebagainya) contohnya, al-Riyadh al-Nadhirah Fi Manaqib al-`Asyarah oleh Muhib al-Tabari, Zakhair al-`Uqba Fi Manaqib Zawi al-Qurba dan lain-lain.


Antara kitab-kitab hadis yang termasuk dalam kategori ini ialah Sahih al-Bukhari Jami’ al-Tirmizi, Sahih Muslim, Misykat al-Masabih, Jami` Suyfan al-Thauri, Jami` Abdul Razzaq bin Hammam al-San`ani, Jami’ al-Darimi, dan lain-lain.

Kitab Sahih Muslim pula terdapat pertikaian tentangnya. Jumhur ulama mengatakan ianya termasuk kitab Jami’ namun sebahagian yang lain menyatakan tidak kerana hadis-hadis tafsir di dalam kitabnya terlalu sedikit.

kitab


Masanid dan Musnad

Penulisan Musnad bermaksud menyusun hadis-hadis mengikut nama-nama sahabat. Sama ada mengikut susunan abjad atau terdahulu memeluk Islam.

Imam Ahmad yang menulis musnad telah mendahulukan hadis-hadis Abu Bakar daripada hadis-hadis sahabat yang lain.


Antara cara penyusunan musnad:

  1. memuatkan hadis-hadis tentang 10 orang sahabat yang dijamin masuk syurga, atau tentang khalifah yang empat.
  2. mengikut siapa yang lebih dahulu yang memeluk Islam.
  3. dengan melihat siapakah ahli Badar/ Hudaibiah dahulu.
  4. dengan melihat siapakah yang memeluk Islam terlebih dahulu ketika Pembukaan Mekah.
  5. dengan melihat lelaki dahulu perlu diutamakan. Tetapi dari kalangan wanita pula isteri-isteri nabi diutamakan terlebih dahulu.
  6. atau dengan melihat jenis qabilah (qabilah bani Hasyim didahulukan).


Di dalam musnad juga taraf hadis tidak diambil kira. Ia cuma mengumpulkan sebanyak mungkin hadis-hadis yang menerangkan tentang sesuatu perkara. Namun begitu musnad yang paling sahih adalah Musnad Ahmad kerana beliau telah menyaring hadis-hadisnya. Kebanyakan ulama salaf menulis hadis-hadis dalam bentuk musnad.

Ma’ajim dan mu’jam

Mu’jam pula disusun mengikut tertib huruf ejaan, atau mengikut susunan nama guru-guru mereka. Nama guru-guru mereka pula disusun mengikut ejaan nama atau kelebihan mereka.


Mu’jam juga hanya mengumpulkan hadis-hadis nabi saw tanpa melihat taraf hadis-hadisnya.


Contoh kitab-kitab mu’jam ialah Mu’jam Tabrani, Mu’jam kabir, Mu’jam as-Sayuti, dan Mu’jam as-Saghrir, Mu’jam Abi Bakr, ibn Mubarak, dan sebagainya.

Kitab rijal yang mengumpulkan orang-orang yang tersebut dalam meriwayatkan hadis-hadis nabi s.a.w. mengikiut ejaan bersama dengan kuniyyahnya. Ini semua adalah untuk memastikan kesahihan sesebuah hadis. Golongan. Orientalis sendiri mengakui kehebatan ilmu hadis.


Masyikhat

Di dalam penulisan masyikhat, hadis-hadis dikumpul dari seorang syeikh sama ada dia mengumpulkan sendiri hadis tersebut atau orang lain yang mengumpulkannya. Contohnya, Masyikhat Ibn al-Bukhari, yang dibuat tambahan oleh Hafiz al-Mizzi, Masyikhah Ibn Syadam al-Kubra dan al-Sughra, dan dibuat tambahan oleh al-`Iraqi.


Ali bin Anjab al-Baghdadi mempunyai 20 jilid kitab masyikhat.


Antara kitab Masyikhat yang disebutkan juga ma’ajim seperti Mu’jam al-Sayuti, Abu Bakar Ibn Mubarak. Kitab yang ada sanad pula seperti Musnad al-Firdaus oleh al-Dailami,

Istilah lain bagi mu’jam dengan makna kamus dan bukannya bermaksud penulisan hadis. Ada juga yang menyebut mu’jam itu sebagai kamus geografi yang menyebut tentang geografi sesuatu tempat seperti Mu`jam al-Buldan oleh Yaqut al-Hamawi. Ada juga yang mengumpulkan tentang biografi seseorang tokoh di dalam kitab mu’jamnya seperti al-Mu`jam fi Athar Muluk al-`Ajam.

kitab


Mustakhraj

Mengumpulkan hadis-hadis yang sama dalam satu kitab tetapi sanadnya berlainan di mana sanadnya bertemu dengan syeikh kitab asalnya (gurunya) seperti hadis tentang niat.


Contoh kitab Mustakhraj ialah Mustakhraj Abu ‘Awanah `Ala Sahih Muslim.


Ada juga yang hanya membawa hadis-hadis tersebut tetapi tidak membawa sanadnya. Beliau cuma menyebut kitab-kitab yang menyebut tentang perawinya.


Tujuannya adalah: Supaya hadis-hadis tersebut akan lebih meyakinkan tambahan pula jika lafaznya hampir sama antara satu sama lain.

Contoh lain pula ialah Mustakhraj ala Sahihain:


1) Mustakhraj atas kitab Sahih Muslim oleh Abu Ja`far bin Hamdan, Abu Bakar al-Jauzaqi, Abi Imran Musa bin Abbas, Abi Said bin Utsman dan sebagainya.


2) Mustkhraj ke atas Bukhari sahaja seperti karangan al-Ismaili, Abu Abdillah dan lain-lain.


3) Mustakhraj ke atas Bukhari dan Muslim pula seperti Mustakhraj oleh Abi Abdillah, Abi Muhammad al-Khallan, Abi Bakar al-Siraji, dan sebagainya.

Ada juga Mustakhraj atas al-Tirmizi oleh Abi Ali al-Tusi, Mustakhraj atas Abu Daud, Kitab al-Tauhid karangan Ibn Khuzaimah. Bagaimanapun mereka tidak beriltizam tentang kesahihannya.

Ada juga yang mentakrifkan Mustakhraj yang mana sanadnya bertemu dengan tabi`in tetapi ada iktilaf mengenainya.

Faedah penyusunan kitab Mustakhraj:

1-Ketinggian sanad- ia ditulis untuk menunjukkan sanadnya lebih tinggi dari kitab asal seperti Muslim. Contoh Abu `Awanah dalam kitabnya Mustakhraj Abu ‘Awanah yang mengambil sanad hadis tersebut atas lagi daripada guru Muslim.

2-Menunjukkan kekuatan hadis itu. Contohnya jika hadis itu hanya disebutkan di dalam Sunan Abu Daud sahaja, tetapi tidak diriwayatkan oleh orang lain. Sekiranya hadis tersebut terdapat dalam Sunan Abu Daud itu pula bertentangan dengan hadis yang lain, maka ia perlukan penguat. Dengan adanya kitab Mustakhraj, kita dapat mencari penguat-penguatnya yang lain supaya proses pentarjihan dapat dilakukan dengan baik. Oleh itu, kitab Mustakhraj penting sebagai penguat apabila riwayatnya bertentangan dengan riwayat yang lebih kuat.

3-Menerangkan sanad yang tidak jelas. Contohnya pada peringkat permulaan seseorang perawi itu masih kuat ingatannya tetapi semasa menghampiri akhir hayatnya ia menjadi seorang yang mukhtalit (nyanyuk). Dengan itu dapat dipastikan bilakah sesebuah hadis itu diambil samada ketika ingatannya masih kuat atau selepas menjadi nyanyuk. Contohnya perawi Bukhari dan Muslim, Hisyam bin Urwah bin Zubair yang nyanyuk selepas berhijrah ke Iraq.
.
4-Kitab asal riwayat dari mudallis yang dikira daif sekiranya menggunakan lafaz ‘an. tetapi dengan adanya Mustakhraj, adanya sanad lain yang mengunakan lafaz yang menunjukkan dengan jelas yang dia mendengar hadis.

5-Riwayat secara mubham- iaitu perawi yang tidak dijelaskan namanya seperti ‘haddatsana rajulun min ahli bait’. Tidak diketahui siapa ‘rajulun’ itu? Nama perawi mubham akan diketahui apabila memeriksa kitab Mustakhraj.

6-Mengetahui siapakah orang yang disebut namanya secara muhmal tanpa kunyahnya-contoh Muhammad. Muhammad yang mana?

7-Isnad asal ada `illah yang sukar untuk diselesaikan tanpa berpandukan kepada riwayat yang bebas `illah. Contohnya perawi tersebut dituduh sebagai Syiah, Irja’dan sebagainya.

`Ilal

Sesebuah kitab yang menyebut tentang penyakit pada riwayat trsebut pada matannya atau sanadnya. Contohnya kitab al`Ilal karangan Ibn al-Jawzi dan Muhammad Abu Hatim al-Razi yang mengikut susunan bab-bab fiqh.

kitab

Atraf

Kitab yang mana menyebut sebahagian dari hadis sama ada menyebut permulaannya sahaja, di tengah-tengahnya, atau diakhir sahaja. Hal ini banyak dilakukan terutama oleh Bukhari untuk mengeluarkan sesuatu hukum dari sesebuah hadis.


Ada juga Atraf Sunan Abi Daud, Jami’ al-Tirmizi dan Sunan al-Nasa’i dan sebagainya.


Ibn Hajar al-Asqalani pula ada mengarang kitab yang berjudul Ithaf al-Mahara Bi Atraf al-`Asyarah yang mengumpulkan 10 buah kitab hadis di dalamnya berserta sanadnya iaitu:


1-al-Muwatta’
2-Musnad Ahmad
3-Musnad al-Syafi`e
4-Sahih Ibn Khuzaimah
5-Mustadrak al-Hakim
6-Sunan al-Daruqutni
7-Jami’ al-Darimi
8- Muntaqa Ibn al-Jarud
9-Sahih Ibn Hibban
10-Mustakhraj Abi Awanah

kitab


Tarajim

Penulisan yang mengumpulkan hadis-hadis dari sanad-sanad yang tertentu seperti “Malik daripada Nafi` daripada Ibn Umar.”

Ta’aliq

Penulisan yang mengumpulkan hadis-hadis dari sesebuah kitab tanpa menyebutkan sanad seperti yang disebut oleh Bukhari secara ta’liq.

Taghrib Wa Tarhib

Hadis-hadis tentang galakan dan ancaman terhadap sesuatu perkara. Contohnya, Targhib al-Solat karangan al-Baihaqi, al-Targhib wa al-Rahib oleh Ibn al-Munzir. Termasuk dalam kategori ini ialah kelebihan amalan khusus seperti Fadhail al-Jihad Ibn Syaddad al-Musuli dan Fadhail al-A`mal oleh Ibn Zanjuwaih

Musalsalat

Hadis yang mengumpulkan isnad yang disebut secara berturut-turut seperti semuanya dengan lafaz sami’tu, sami’tu hinggalah akhir sanad. Ada juga riwayat yang mana perawi meriwayatkan hadis-hadis dengan memegang janggut kerana semasa Nabi s.a.w. meriwayatkannya, baginda memegang janggutnya.


Musalsalat ini termasuk dari sudut Qauli (ucapan) atau Fi’li (perbuatan) Nabi s.a.w.


Contohnya seseorang perawi itu akan memberi buah tamar dahulu kepada seseorang itu sebelum dia meriwayatkannya kepada orang tersebut sepertimana Nabi s.a.w. meriwayatkan hadis tersebut pada asalnya.

Thulathiyyat
Hadis yang mempunyai jumlah perawinya hanya 3 orang sahaja antaranya dan Nabi s.a.w. (sanadnya pendek). Contohnya seperti thulathiyyat Bukhari, Muslim, dan sebagainya. Ada juga hadis berbentuk ruba’iyat (empat orang perawi) dan thunaiiyat (dua orang perawi)

Al-Amali

Kitab yang ditulis oleh seseorang anak murid daripada syaikh yang mendiktekkan hadis. Contohnya dia mengatakan kitab ini adalah yang dibaca oleh syaikh dan dicatat oleh muridnya. Imlak ini berdasarkan kepada tulisan, kitab atau ingatan.

Zawaid

Hadis yang dikumpul sebagai tambahan dari kitab asal tetapi syarat-syarat pengumpulannya sama dengan kitab asal. Contohnya kitab Zawa’id Ibn Hibban Ala al-Sahihain oleh Ibn al-Mughalta’i, Zawa’id Sunan al-Baihaqi al-Kubra, Zawa’id Imam Ahmad dan Zawa’id Abi Ya`la. Walaubagaimanapun, kitab Zawaid tidak setaraf dengan kitab asalnya.

Al-Mukhtasarat

Penulisan yang berbenutuk saringan dan ringkasan kepada sesebuah kitab.

Takhrij

Kitab yang membahaskan hadis-hadis yang hanya disebutkan dalam sesebuah kitab di mana hadis-hadis tersebut tidak dihukum oleh pengarang asalnya seperti yang dibuat oleh al-`Iraqi terhadap kitab Ihya al-Ghazzali. Begitu juga dengan takhrij terhadap kitab Tafsir Kasyaf.Contoh lain ialah takhrij hadis Tirmizi.


Salah satu keistimewaan Jami` al-Tirmizi ialah apabila Imam al-Tirmizi selesai mengemukakan sesebuah hadis seperti hadis daripada Abu Hurairah, diakhirnya beliau akan mengatakan seperti “dalam bab ini, ia juga diriwayatkan oleh Ali, Ibn Abbas, Ibn Mas`ud, al-Zubair dan lain-lain tanpa mengemukakan sanadnya secara lengkap. Oleh itu ulama mengarang kitab-kitab lain secara khusus untuk menyebutkan kembali sanad yang tidak disebutkan oleh Imam al-Tirmizi.

kitab


Syarh al-Atsar

Kitab-kitab yang mengumpulkan atsar-atsar sahabat. Di dalam bab hukum-hakam pula kitab yang masyhur ialah Syarhu Ma’ani Athar oleh Imam al-Tahawi. Kitab ini telah disyarah oleh Amir Jamaah Tabligh, Maulana Muhammad Yusuf yang mengarang kitab Hayat al-Sahabat. Bagaimanapun, kitab syarah tersebut tidak dapat disiapkan kerana ajal lebih dahulu menjemputnya. Di antara kitab-kitab yang lebih lama pula ialah Musannaf Ibn Abi Syaibah yang mengandungi banyak atsar-atsar sahabat.


Faedah penyusunan kitab syarah atsar ialah:

Memudahkan proses pentarjihan hadis. Contohnya tentang hadis jilatan anjing. Ada yang berpendapat wajib membasuh sebanyak 7 kali, salah satu dengan tanah. Ada yang mengatakan tiga kali dan ada yang berpendapat sekali basuh sahaja.


Bagaimana mentarjihkan jika terdapat begitu banyak pandapat?


Antara caranya ialah dengan melihat pada atsar sahabat iaitu bagaimana kebanyakan sahabat mengamalkannya.

23- Asbab Wurud al-Hadith

Penulisan kitab hadis tentang sebab-sebab hadis disabdakan. Antara ulama yang menulis kitab seperti ini ialah Taqiyudiin Ibn Daqiq al-‘Iid, Abi Ya`ala, Ibn Hamzah al-Husaini, dan sebagainya. Amatlah penting bagi kita untuk mengetahui latar belakang kenapa sesebuah hadis itu datang supaya tidak berlaku salah faham dan tafsiran.
Contohnya:


1- Tentang hadis Nabi s.a.w. melarang makan di atas meja. Sekiranya kita tidak mengetahui sebab-sebabnya, pastinya kita juga di zaman sekarang ini tidak akan makan di atas meja. Tetapi baginda melarangnya pada masa itu ialah untuk menghapuskan budaya orang-orang bangsawan yang sombong kerana mereka menganggap meletak dan makan makanan di atas lantai itu adalah taraf orang miskin dan tidak layak bagi mereka.


2- Nabi s.a.w. mengatakan bahawa sesiapa yang melabuhkan kain melebihi buku lali akan masuk neraka atau Allah s.w.t. tidak memandang kepada mereka di akhirat nanti.
3-Sesiapa yang berbekam maka batal puasanya. Bagi Imam Ahmad, beliau hanya berpegang dengan zahir hadis tersebut sahaja iaitu memang batal puasanya, tetapi Imam al-Syafi`e mengatakan tidak kerana hadis tersebut ada latar belakangnya. Sebenarnya terbatalnya puasa tersebut merujuk kepada terhapusnya atau batalnya pahala orang yang berbekam tersebut kerana pada masa itu mereka yang membekam dan dibekam itu sedang mengumpat.



Al-Tartib

Oleh kerana ada sesetengah kitab hadis yang ditulis tidak mengikut susunan atau bab yang tertentu, maka ada ulama lain yang menyusun kembali hadis-hadis tersebut mengikut bab-bab yang tertentu.


Tujuannya ialah supaya senang untuk membuat rujukan serta mencari hadis yang terdapat di dalamnya. Contohnya, seperti Musnad Imam Ahmad yang tidak tersusun mengikut bab-bab tertentu. Ini kerana kaedah penyusunan musnad adalah dibuat mengikut susunan nama sahabat yang meriwayatkan sesebuah hadis. Antara ulama yang menyusun kitab tartib ialah bapa kepada Hasan al-Banna, Abdul Rahman al-Banna yang menyusun Tartib Musnad Imam Ahmad mengikut tartib fiqh. Nama kitab tersebut ialah al-Fath al-Rabbani Fi Tartib Musnad Ahmad al-Syaibani. Tetapi kitab tersebut juga tidak siap kerana beliau meninggal dunia terlebih dahulu.


Contoh-contoh lainya seperti Tartib kitab al-Umm, Tartib Musnad Ahmad oleh Ibn Kathir dan lain-lain.

At-Ta’lif `ala Huruf fil mu’jam

Penulisan hadis berdasarkan kepada huruf yang pertama iaitu bermula dengan huruf alif, ba’ dan seterusnya. Contohnya, al-Jami` al-Saghir karangan al-Suyuti,al-Maqasid al-Hasanah oleh al-Sakhawi, al-Maudhu`at al-Kubra dan al-Maudhu`at al-Sughra oleh Mulla Ali al-Qari.

Al-Muadu’at

Kumpulan hadis-hadis maudu’ iaitu menghimpunkan hadis-hadis palsu. Antara ulama yang menyusun hadis-hadis palsu dan mendedahkan kedudukannya termasuklah Ibn al-Jauzi, al-Suyuti, al-Syaukani, Muhammad bin Tahir al-Fattani dan lain-lain. Sementera kitab yang menyebutkan perawi-perawi yang melakukan pendustaan dan perawi yang dhaif ialah al-Kamil oleh Ibn Adi, al-Dhu`afa wa al-Matrukin, Mizan al-I`tidal oleh al-Zahabi, Lisan al-Mizan oleh Ibn Hajar dan lain-lain lagi.


Al-Ma’thurat
Kitab tentang doa-doa yang mathur iaitu doa yang terdapat di dalam hadis-hadis Rasulullah s.aw.seperti al-Azkar karangan Imam al-Nawawi, Amal al-Yaum wa al-Lailah oleh al-Munziri dan sebagainya.

Al-Nasikh wa al-Mansukh

Mengumpulkan hadis yang nasikh dan mansukh. Contoh tentang solat dengan memakai selipar yang sudah mansukh, Rasulullah s.a.w. sembahyang lepas asar dan subuh (mansukh), mut’ah (mansukh), angkat tangan lepas bangun dari sujud yang pertama (sudah mansukh) tetapi tetap dilakukan oleh Syi`ah. Antara ulama yang menulis tentangnya seperti Qasim bin Asbagh, al-Nuhhas, Abu `Ubaid, Ibn al-Anbari, al-Hazimi, Ibn al-Jauzi dan Ibn Shahin. Orang pertama yang menulis kitab tentang hadis-hadis mansukh ialah Muhammad bin Syihab al-Zuhri.

29- Mutasyabih/ Musykil hadis


Penulisan ini mengumpulkan hadis-hadis yang sukar untuk difahami sebagai terdapat di dalam al-Quran beberapa ayat yang samar-samar. Contohnya, hadis neraka tidak akan penuh selagi Allah tidak letakkan tapak kaki-Nya sehinggalah neraka berkata, cukuplah, cukuplah. Antara kitab yang baik iaitu Musykil al-Hadith wa Bayanuhu hadis karangan Ibn Furak dan Takwil Muktalif al-Hadith karangan Ibn Qutaibah.

Jawapan bagi kemusykilan di atas ialah perkataan “qadam” dalam hadis tersebut adalah mutasyabih. “Qadam” itu tak semestinya bermakna tapak kaki akan tetapi ia bermakna keputusan atau taqdir Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya.


Semoga Bermanfaat Amin






Rabu, 06 Mei 2009

Flexi alat Komunikasi Indonesia

Company Profile Telkom Flexi PT. TELKOM Indonesia tbk. sebagai sebuah perusahaan telekomunikasi terkemuka di Indonesia yang menyediakan layanan baru dengan teknologi terkini yaitu CDMA (Code Division Multiple Access). CDMA adalah teknologi akses voice dan data, dimana setiap user menggunakan code tersendiri yang unik dalam mengakses kanal frekuensi yang sama dalam sebuah sistem. Pada CDMA, sinyal informasi pada transmitter dicoding dan disebar dengan bandwidth sebesar 1.25 MHz (spread spectrum), kemudian pada sisi receiver dilakukan decoding sehingga didapatkan sinyal informasi yang dibutuhkan.

PT TELKOM Indonesia tbk. melalui Divisi Fixed Wireless akan memanfaatkan CDMA sebagai telepon fixed wireless digital yang digunakan sebagai telepon rumah (fixed phone) dan telepon bergerak (mobility). Layanan fixed wireless berbasis CDMA diberi brand " TELKOMFlexi " sebagai telepon bergerak terbatas dalam satu area code, hal ini dimungkinkan karena " TELKOMFlexi " memiliki fitur limited mobility. Para pakar teknologi telepon seluler sepakat bahwa kecanggihan CDMA jauh melebihi GSM yang sekarang ini banyak dipergunakan oleh operator telepon seluler di Indonesia. Para pelaku bisnis telepon seluler (hand phone) memperkirakan bahwa " TELKOMFlexi " mendapat sambutan positif masyarakat mengingat tarifnya jauh berada dibawah GSM karena biaya investasinya sangat murah. Tentu saja, kehadiran " TELKOMFlexi " membuat lega calon pelanggan telepon yang sudah lama mendambakan telepon hemat maupun pelanggan ponsel yang mendambakan telepon seluler alternatif. Selebihnya clik di http://www.telkomflexi.com

Selasa, 05 Mei 2009





MARI KITA RENUNG YANG ada di BAWAH INI



" Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan - bisikan mereka kecuali bisikan orang yang menyuruh manusia memberikan sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau mengadakan perdamaian diantara manusia " ( An-nisaa ayat 114 )

"" Seorang duduk disebelah kanan dan yang lain duduk disebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. " ( Qaaf ayat 17 - 18 )

Abdullah bin Umar Ra meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda : Kepada yang senang membaca Al'Quran di hari kiamat nanti dikatakan : " Bacalah dan perbaikilah bacaanmu sebagaimana yang telah kamu kerjakan didunia dahulu, maka sesungguhnya kedudukanmu itu tergantung kepada akhir ayat yang telah kamu baca itu. " ( HR. Tirmidzi)

Abu Hurairah Ra berkata bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda " Cukuplah bagi orang itu disebut pembohong jika dengan setiap apa yang ia dengar" ( HR. Muslim )

Aisyah Ra, meriwayatkan bahwa seorang wanita bertanya kepada Rasulullah SAW : " Bolehkah saya mengatakan kepada suami saya telah memberikan sesuatu padahal dia tidak memberikan sesuatu kepadaku ? " Rasulullah lalu bersabda : " Orang yang menyiarkan tenteng apa yang tidak dia terima (pemberian) bagaikan orang yang memakai dua baju kebohongan." (Muttafaq allaihi)

Abdullah bin Basar Ra pernah menyebutkan bahwa ada seorang laki - laki berkata : " Ya Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam itu telah cukup banyak dalam pandangan saya, untuk itu beritahu saya dengan yang bisa saya jadikan peganggan. " Bersabda Rasulullah : " Lidahmu itu akan selalu basah dengan berdzikir kepada Allah." ( HR. Tirmidzi )

" Sesungguhnya sesuatu yang paling saya benci dan paling jauh posisinya dariku pada hari kiamat adalah mereka yang banyak bicara angkuh dalam berucap dan besar mulut." ( HR. Tirmidzi )

"" Barangsiapa yang mengaku beriman kepada Allah dan hari akhir, maka berkatalah yang baik, atau (kalau tidak bisa) diamlah." (HR. Bukhari)

" Abi Musa Ra berkata bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda : " Jika seorang wanita memakai wangi - wangian kemudian keluar menuju khalayak ramai agar mereka mencium baunya, maka dia telah begini dan begini (artinya sama saja seperti pelacur)." (HR. Ahmad)

" Berdoalah kamu sekalian kepada Alloh dengan perasaan yakin akan dikabulkannya doamu. Ketahuilah bahwasannya Allah SWT tidak akan mengabulkan doa orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh - sungguh." (HR. Tirmidzi)

Allah Azza Wa Jalla berfirman : " Orang - orang yang saling mencintai karena Aku mereka mendapat cahaya Illahi yang dirindukan oleh para Nabi dan Syuhada." (HR.Tirmidzi)

" Barangsiapa yang ingin dilapangan rezekinya, ditangguhkan ajalnya dan dilapangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung tali silahturahmi." (Mutafaq alaihi)

"Barangsiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayani." (HR. Bukhari)

" Sesungguhnya marah itu datangnya dari setan dan dia (setan) diciptakan dari api, dan api dapat dipadamkan dengan air. Karena itu jika salah seorang dari kalian marah maka berwudhulah." (HR. Ahmad)

" Barangsiapa meniru - niru suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka." (HR. Abu daud)

Pandangan Hati ke Hati

Kerukunan umat beragama di Indonesia dari dulu hingga kini masih saja diselimuti beragam persoalan. Keyakinan akan kebenaran ajaran agama masing-masing membuat pemeluk agama tidak toleran dan cenderung memaksakan keyakinan kepada pemeluk agama lain. Tak hanya menyangkut kerukunan antarapemeluk agama, tetapi juga pemeluk agama dengan pemerintah. Konsep “Tri Kerukunan” yang pernah ada di Indonesia lahir karena umat beragama yang tidak harmonis dengan pemerintah, terutama zaman kolonial.

Meskipun kini konsep “Tri Kerukunan” dianggap tidak relevan, mengingat hubungan pemerintah dengan umat Islam relatif tidak masalah—karena umat Islam sebagian besar tidak lagi mempertentangkan asas Pancasila, namun kerukunan antarumat beragama tetap harus dibina. Umat Islam pun dituntut agar lebih dewasa dalam menyikapi perbedaan agama dan perbedaan mazhab. Karena ajaran Islam sendiri sangat menganjurkan menghargai perbedaan keyakinan, dan penghargaan itu cermin dari Islam yang cinta damai. Berikut penuturan Ketua Harian MUI, Drs. H. Amidhan kepada Reporter CMM, Firman Syah:

Menurut Anda, apa dan bagaimana sebenarnya konsep lama kerukunan antarumat beragama itu?
Konsep lama kerukunan umat beragama, untuk saat ini, menurut saya tidak berlaku lagi. Konsep itu sudah bubar. Artinya, unsur-unsurnya sudah tidak ada lagi. Kerukunan antara pemerintah dengan umat beragama itu lahir karena warisan masa kolonial. Karena umat beragama, terutama umat Islam menentang kolonialisme di Indonesia, selain juga karena pemerintah kolonial melakukan strategi pecah belah. Akibatnya, saat itu tidak ada komunikasi antara umat beragama dengan pemerintah, dalam hal ini kolonial.

Sampai pada Orde Lama, konflik antara pemerintah dengan umat beragama, terutama umat Islam masih terjadi. Karena disusupi oleh komunisme, antara pemerintah dengan umat beragama dianggap berlawanan. Bung Karno berusaha menghubungkan komunikasi pemerintah dengan umat beragama melalui konsep Nasakom. Bung Karno ingin merukunkan nasionalisme, agama, dan komunisme.

Apakah usaha Bung Karno itu berhasil?
Cara-cara yang dilakukan oleh Bung Karno tidak berhasil, karena antara komunis dengan umat beragama pada umumnya, terutama Islam terdapat pertentangan konsep yang luar biasa. Ibarat air dengan minyak, karena komunisme dipahami sebagai ajaran yang atheis. Berbeda dengan umat beragam yang percaya pada Ketuhanan Yang Maha Esa. Kedua konsep itu tidak mungkin ketemu, walaupun Bung Karno melakukan revisi-revisi bahwa komunisme di Indonesia adalah sosialisme yang diterapkan di Indonesia. Dengan kata lain, Bung Karno tidak mau mengatakan ada atheis.

Bagaimana pandangan Anda terhadap mereka yang hendak mengubah Pancasila menjadi asas Islam?
Umat beragama, khususnya umat Islam tidak setuju Pancasila, terutama asas tunggal. Pak Alamsyah (mantan Menteri Agama) memiliki alasan tentang konsep tri kerukunan. Waktu itu, dia menyatakan umat Islam keliru kalau tidak setuju Pancasila. Karena Pancasila sebenarnya hadiah umat Islam kepada bangsa ini. Karena umat Islamlah yang waktu itu menyetujui adanya Pancasila, sehingga tumbuh kesepakatan yang kemudian dimasukkan ke dalam Pembukaan UUD 1945. Waktu itu umat Islam bersedia menghilangkan 7 kata (dengan kewajiban menjalankan syariat Islam bagi pemeluk-pemeluknya). Kata Bung Karno, mengapa umat Islam memusuhi dan melawan Pancasila? Pancasila milik umat Islam sendiri, bahkan dia (umat Islam) yang membuahkan.

Apakah sampai saat ini pertentangan antara pemerintah dan umat Islam masih ada?
Benih-benih pertentangan antara pemerintah dengan umat, masih ada. Tidak bisa dihilangkan begitu saja. Oleh karena itu, (waktu itu) dibentuk tri kerukunan, termasuk antara pemerintah dan umat beragama. Memang yang dimaksud umat beragama pada dasarnya Islam.

Dengan kondisi seperti itu, bisa dikatakan Islam sangat demokratis dan mengenal pluralisme?
Jelas. Jadi, Islam dari namanya saja Islam agama damai, yakni cinta perdamaian. Perdamaian di sini perdamaian yang alami. Alami artinya dicapai dengan cara pembudayaan demokrasi. Anda tahu bahwa Islam masuk ke Indonesia melalui pedagang. Kenapa orang (waktu itu) tertarik Islam? Karena Islam itu sangat manusiawi. Tidak mengenal kasta, tidak mengenal penindasan, suka membantu, dan lain sebagainya. Orang cinta Islam karena prinsip itu. Itulah yang membuat ajaran Islam cepat menyebar.

Selain Islam damai dan demokratis, ajaran Islam tentu saja (mengakui) pluralisme. Karena Islam itu menganut lakum dinukum waliyaddin. Jadi, silakan saja kalau ada orang yang tidak mau memeluk Islam. Bahkan di dalam Islam, ada sebuah hadits yang menyatakan saat “perang” tidak boleh membakar gereja. Artinya, Islam sangat menghargai perbedaan agama atau keyakinan